Jenis perlumbaan haram Lumba_haram

  • Perlumbaan drag - Di dalam perlumbaan drag yang sah, pelumba akan berlumba pecut di kawasan lurusan di litar lumba, tetapi dalam lumba haram drag pula pelumba haram akan memilih satu kawasan jalan raya yang lurus dan kurang kenderaan dan seterusnya berlumba pecut di situ.
  • Perlumbaan litar/sprint - Pelumba haram akan menentukan laluan perlumbaan sebelum perlumbaan bermula dan seterusnya berlumba di laluan tersebut.
  • Perlumbaan lebuhraya - Pelumba haram memilih kawasan lebuhraya untuk berlumba. Kawasan lebuhraya sering menjadi litar lumba haram kerana sesebuah lebuhraya direka untuk kelajuan yang tinggi, oleh itu pelumba haram dengan mudah akan memecut sehingga jauh melebihi had laju lebuhraya itu sendiri. Perlumbaan lebuhraya amat popular di Jepun pada satu masa dahulu tetapi kini semakin berkurangan berikutan peningkatan pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih ketat.
  • Perlumbaan drift - Perlumbaan drift amat popular di Jepun sebagaimana yang digambarkan di dalam siri manga/anime Initial D serta filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Melalui teknik drift, pemandu seakan-akan terbabas seketika sebelum memperoleh kawalan semula. Teknik drift amat sukar untuk dikuasai, tetapi pelumba drift profesional mampu memendekkan masa perjalanan menuruni bukit melalui teknik tersebut.